Kebanyakan orang mengidamkan kerja kerajaan kerana faktor benefit atau kemudahan yang banyak bagi penjawat awam.
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
Elaun perumahan
Anda akan dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.
Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.
Peluang melanjutkan pelajaran
Untuk makluman anda, anda akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
Cuti bersalin
Usah risau jika anda rasa anda atau isteri anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan.
Pinjaman perumahan
Kakitangan awam di berikan kelebihan untuk membuat pinjaman perumahan. Anda boleh memiliki rumah idaman anda melalui skim pinjaman perumahan kerajaan.
Peluang kenaikan pangkat
Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik se "level" lagi dari tahap anda sebelum ini.
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Skim pinjaman untuk komputer dan kenderaan juga ada sediakan bagi kakitangan yang ingin mendapat barangan idaman
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya
Banyakkan kelebihan sekiranya anda bekerja dengan kerajaan ini. Tapi Senang ke nak dapat kerja kerajaan ni? Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini??
Ikuti Paduan Rahsia lulus Temuduga Kerajaan
Mungkin ini panduan yang dapat membantu anda dalam memenuhi impian kerjaya yang anda impikan.