Dah lama saya tak share info tentang aquascape. Hari ini saya ada masa sikit, jadi saya nak share sikit info pasal tanaman midground. Ada pelbagai jenis pokok yang digunakan dalam midground aquascape ini. Ianya ditanam mengikut citarasa pengemar aquascape itu sendiri. Ada yang suka berwarna warni, ada yang suka minimalis (simple) dan macam-macam lagi. Jadi saya ingin share beberapa jenis Tanaman induk / Midground / Background yang sering digunakan dalam seni aquascape.
Jenis-jenis Tanaman induk / Midground / Background Aquascape
Limnophila sp. Vietnam
Kesukaran: Mudah
Keperluan cahaya: Sederhana
Keperluan CO2: Rendah
Asal: Vietnam
Kadar Pertumbuhan: Cepat
Rotala rotundifolia
Kesukaran: Mudah
Keperluan cahaya: Sederhana
Keperluan CO2: Rendah
Asal: Asia Tenggara
Kadar Pertumbuhan: Cepat
Hemianthus micranthemoides (HM)
Kesukaran: Mudah
Keperluan cahaya: Sederhana
Keperluan CO2: Rendah
Asal: Amerika Utara, Florida
Kadar Pertumbuhan: Cepat