Quantcast
Channel: MyCherita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

$
0
0

Hari ini saya terpanggil untuk menyahut cabaran blogger Tuan HasrulHassan, bagi membuat satu artikel mengenai Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger. 

Saya nak tanya sikit kepada semua orang. Berapa ramai diantara kita berdiri jika mendengar lagu Negaraku?? Jangan tipu diri sendiri jika itu pun anda tak mampu berdiri tegak bagi menghormati lagu Negaraku. Itu baru satu tanggungjawab yang kecil. Tanamkan lah sikap cinta kepada negara di dalam diri kita seperti kata pepatah di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung. 

Apa tanggungjawab blogger terhadap negara?
Sebagai seorang blogger kita boleh lakukan sedikit peranan iaitu sebagai duta kecil kepada negara. Contoh : Jangan menyebarkan berita-berita fitnah seperti berita memburuk-buruk negara. Apa salah nya kita menyebarkan pekara-perkara ke arah kebaikan. Sebagai Contoh : Sebarkan berita tentang hari berkabung Malaysia MH17 seperti tentang adab, tatacara dan tarikh untuk hari tersebut.

Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama anda tentang apakah  makna Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger mengikut pandangan saya sebagai seorang blogger. Jadi dengan itu marilah kita sama-sama memikul tanggungjawab mencintai negara kita agar anak cucu kita dapat merasai kenikmatan kemerdekaan ini dengan penuh keharmonian dan aman damai.


Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com


Segmen ini adalah anjuran saudara Hasrulhasan ( www.hasrulhassan.com )
Nak join Segmen ini..?? Klik Disini
Tamat 31 Ogos 2014

Viewing all articles
Browse latest Browse all 98