Perarakan masuk kontinjen Malaysia di perasmian Sukan Komawel ke 20 Glasgow Scotland
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang oleh pembawa bendera negara, Fatehah Mustapa atlet berbasikal negara. Turut kelihatan semasa perbarisan masuk kotinjen Malaysia, barisan atlet yang memakai uniform crew Malaysia Airlines (MAS). Suka tengok bila perarakan masuk ini. Kontinjen Malaysia memakai baju tradisi iaitu baju melayu dan baju kurung. Ia lebih menunjukkan budaya ketimuran negara sendiri. Thumb up saya ucapkan. Atlet juga memakai lilitan hitam dilengan mereka sebagai tanda penghormatan di atas kejadian MH17.
Diharap, kita sama-sama mendoakan kejayaan Kontinjen Malaysia di Glasgow, Scotland.
p/s : Tak sabar nak tengok squad hoki malaysia beraksi nanti. ^_^